Deco Choclate

Alat:
1 offset spatula
1 scrapper 'square teeth' @ pemotong plastik kuih bergerigi @ scrapper segitiga - ku guna pemotong kuih bergerigi
1 scrapper stainless steel (jenis yang boleh melentur) @ scrapper plastik biasa - ku guna scrapper plastik biasa
Permukaan rata yang sejuk seperti meja marble, kaca atau belakang loyang aluminium segiempat

Bahan:
100g dark coklat @ coklat masakan, dicairkan secara double-boiler
55g white coklat, dicairkan secara double-boiler
*Kuantiti bergantung pada anda, nak buat banyak boleh tambah lagi.



Simple deco~


1) Sediakan alatan- scrapper plastik biasa, pemotong plastik kuih bergerigi atau scrapper segitiga dan offeset spatula:

Gambar offset spatula, courtesy of Google (lupa nak tangkap gambar sendiri)~


2) Sediakan satu permukaan rata. Saya guna belakang loyang segiempat aluminium:


3) Cincang white coklat dan dark coklat dalam mangkuk tahan panas:



4) Cairkan white coklat dan dark coklat secara double-boiler:



5) Sudukan white coklat di atas belakang loyang. Sapu biar bentuk memanjang dan ratakannya menggunakan offset spatula:



6) Buatkan corak berjalur pada white coklat menggunakan spatula segitiga (ku guna pemotong kuih sebab lagi lebar jalurnya). Mulakan dengan menarik scrapper dari atas ke bawah (atau bawah ke atas) hingga dapat begini:


7) Kemaskan bahagian tepi white coklat menggunakan spatula plastik dan tisu:



8) Tuangkan sedikit dark coklat di atas white coklat:


9) Ratakan dark coklat menggunakan offset spatula. Kemaskan bahagian tepi dark coklat dan biarkan ia mengeras sedikit:


10) Test dengan mengikis coklat dengan spatula biasa. Coklat jangan terlalu keras, nanti kikis tak lawa. Kalau cair pun tak 'curl' dengan cantik. Sepatutnya kikis lebih kurang 1.5" dari hujung coklat dan kikis ke luar, bukan ke dalam macam dalam gambar (tapi ku buat je mana-mana, haha..)


11) Dah siap kikis, boleh terus guna atau simpan dalam peti sejuk. Hati-hati masa pegang sebab coklat mungkin cair disebabkan kepanasan tangan kita. Ku simpan dalam peti sejuk sekejap untuk mengeraskannya.

Lets watch out the video !



Resepi Coklat Homemade

Resepi Coklat Homemade Sedap. Anda tengah mencari resepi coklat homemade ? Tak perlu buang masa lagi ! Anda akan belajar bagamaina nak buat coklat homemade pertama anda. Coklat homemade amat mudah disediakan jika anda sudah mempunyai bahan-bahan yang diperlukan. Bahan-bahan untuk membuat coklat homemade tidak banyak dan mudah untuk disediakan. Untuk makluman anda, terdapat dua jenis coklat iaitu coklat compound dan coklat couverture. Dalam resepi coklat homemade kali ini, saya akan menerangkan tentang cara-cara untuk membuat coklat menggunakan coklat compound sahaja. Coklat couverture agak rumit berbanding coklat compound.   


Bahan-Bahan Resepi Coklat Homemade Sedap:
1) Coklat compound. Anda boleh pilih samaada ingin menggunakan coklat gelap (dark chocolate), coklat putih (white chocolate) atau coklat susu (milk chocolate). 
2) Bahan-bahan yang anda ingin jadikan sebagai inti atau diletakkan di atas coklat anda seperti kismis, almond, kacang, dan sebagainya. **terdapat beberapa jenama coklat compound yang boleh anda beli di kedai-kedai kek. Antara brand yang selalu digunakan adalah brand Beryl, Colatta, Selborne. 


Alatan Untuk Membuat Coklat Homemade Sedap: 
1) Coklat mould yang mempunyai pelbagai bentuk menarik seperti bentuk hati / love, bentuk bunga ros, dan sebagainya. 
2) Piping bag untuk memudahkan anda memasukkan coklat cair ke dalam mould. Kalau tiada piping, anda masih boleh memasukkan coklat cair menggunakan sudu. 


Cara-cara Menyediakan Resepi Coklat Homemade Sedap: 
1) Sebelum anda dapat menggunakan coklat mould, anda hendaklah mencairkan coklat compound terlebih dahulu. Caranya adalah dengan menggunakan teknik “double boiler”. Panaskan air dalam satu bekas, letakkan coklat dalam bekas lain dan masukkan bekas yang mengandungi coklat tadi dalam air yang sedang dipanaskan. Lebih mudah jika anda mempunyai set double boiler. 
2) Setelah coklat cair, isikan piping dengan coklat cair dan masukkan cairan coklat ke dalam mould satu persatu. 
3) Jika anda ingin meletakkan inti, masukkan coklat cair separuh sahaja ke dalam mould coklat. Sejukkan lapisan tersebut di dalam peti ais. Bila sudah agak-agak keras sedikit, letakkan inti di atas lapisan tersebut. Kemudian sambung semula kerja memasukkan coklat cair untuk menutup inti coklat anda.
4) Sejukkan dalam peti ais.
5) Finally, coklat homemade telah siap untuk dihidangkan atau dijual. Diharapkan resepi coklat homemade ini dapat membantu anda untuk membuat coklat hanya dari rumah. Jika anda suka resepi ini, pastikan anda kongsikan resepi coklat homemade ini bersama rakan-rakan anda.

Simply make a choc

Tahukah anda coklat homemade kini semakin popular. ini merupakan coklat buatan tangan yang semakin tinggi permintaannya di pasaran. Apa yang menarik ia boleh dibuat sendiri dirumah dan dijual samada secara online atau offline.
Susah ke membuatnya? Anda hanya perlu tahu resepi coklat homemade, bahan dan teknik yang betuldalam mencairkan coklatnya. Kemudian curahkan ke dalam acuan dengan bentuk yang menarik . Selepas ia keras, memang cantik dan menyelerakan. Mudah bukan? Apa yang menarik, ia boleh dicorakkan dengan daya kreativiti anda. Tentu serono dengan menggunkan daya kreativiti sendiri. Memang boleh buat bisnes samada secara sampingan atau 'full time'. Permintaan coklat homemade ini amat tinggi di dalam apa jua majlis seperti majlis harijadi, hadiah hantaran, kenduri kahwin, majlis open house dan sebagainya. Ia juga sesuaai dijadikan cenderamata yang dibungkus menarik.