Resepi Coklat Homemade

Resepi Coklat Homemade Sedap. Anda tengah mencari resepi coklat homemade ? Tak perlu buang masa lagi ! Anda akan belajar bagamaina nak buat coklat homemade pertama anda. Coklat homemade amat mudah disediakan jika anda sudah mempunyai bahan-bahan yang diperlukan. Bahan-bahan untuk membuat coklat homemade tidak banyak dan mudah untuk disediakan. Untuk makluman anda, terdapat dua jenis coklat iaitu coklat compound dan coklat couverture. Dalam resepi coklat homemade kali ini, saya akan menerangkan tentang cara-cara untuk membuat coklat menggunakan coklat compound sahaja. Coklat couverture agak rumit berbanding coklat compound.   


Bahan-Bahan Resepi Coklat Homemade Sedap:
1) Coklat compound. Anda boleh pilih samaada ingin menggunakan coklat gelap (dark chocolate), coklat putih (white chocolate) atau coklat susu (milk chocolate). 
2) Bahan-bahan yang anda ingin jadikan sebagai inti atau diletakkan di atas coklat anda seperti kismis, almond, kacang, dan sebagainya. **terdapat beberapa jenama coklat compound yang boleh anda beli di kedai-kedai kek. Antara brand yang selalu digunakan adalah brand Beryl, Colatta, Selborne. 


Alatan Untuk Membuat Coklat Homemade Sedap: 
1) Coklat mould yang mempunyai pelbagai bentuk menarik seperti bentuk hati / love, bentuk bunga ros, dan sebagainya. 
2) Piping bag untuk memudahkan anda memasukkan coklat cair ke dalam mould. Kalau tiada piping, anda masih boleh memasukkan coklat cair menggunakan sudu. 


Cara-cara Menyediakan Resepi Coklat Homemade Sedap: 
1) Sebelum anda dapat menggunakan coklat mould, anda hendaklah mencairkan coklat compound terlebih dahulu. Caranya adalah dengan menggunakan teknik “double boiler”. Panaskan air dalam satu bekas, letakkan coklat dalam bekas lain dan masukkan bekas yang mengandungi coklat tadi dalam air yang sedang dipanaskan. Lebih mudah jika anda mempunyai set double boiler. 
2) Setelah coklat cair, isikan piping dengan coklat cair dan masukkan cairan coklat ke dalam mould satu persatu. 
3) Jika anda ingin meletakkan inti, masukkan coklat cair separuh sahaja ke dalam mould coklat. Sejukkan lapisan tersebut di dalam peti ais. Bila sudah agak-agak keras sedikit, letakkan inti di atas lapisan tersebut. Kemudian sambung semula kerja memasukkan coklat cair untuk menutup inti coklat anda.
4) Sejukkan dalam peti ais.
5) Finally, coklat homemade telah siap untuk dihidangkan atau dijual. Diharapkan resepi coklat homemade ini dapat membantu anda untuk membuat coklat hanya dari rumah. Jika anda suka resepi ini, pastikan anda kongsikan resepi coklat homemade ini bersama rakan-rakan anda.

No comments:

Post a Comment